KTAC Programme FAQ
Soalan Lazim Program KTAC
Jawapan jelas untuk soalan yang biasanya ditanya pelajar di WhatsApp sebelum memilih Program Eksekutif.
Mulakan dengan topik paling kerap ditanya
Mulakan dengan topik paling kerap ditanya
Kategori ini disusun mengikut soalan WhatsApp dan SleekFlow paling tinggi: program, yuran, daftar, MQA, kelayakan dan jadual kelas.
Program Eksekutif KTAC
Program Eksekutif KTAC
Lihat semua 16 program semasa mengikut tahap sebelum membuka halaman program yang lebih terperinci.
Yuran Program KTAC
Yuran Program KTAC
Yuran pendaftaran ialah RM350 untuk semua tahap. Bayaran bulanan tersedia untuk semua program.
| Tahap | Pendaftaran | Bulanan | Jumlah | Tempoh | Jadual |
|---|---|---|---|---|---|
| Diploma Eksekutif | RM350 | RM390 | RM3,900 | 10 bulan | Satu Ahad setiap bulan |
| Bachelor/Degree Eksekutif | RM350 | RM595 | RM5,950 | 10 bulan | Dua Ahad setiap bulan |
| Master Eksekutif | RM350 | RM795 | RM7,950 | 10 bulan | Dua Ahad setiap bulan |
Program Eksekutif KTAC
Program apa yang ada di KTAC?
Apakah program yang ditawarkan di KTAC?+
KTAC menawarkan 16 Program Eksekutif merangkumi Diploma Eksekutif, Bachelor/Degree Eksekutif dan Master Eksekutif.
- Diploma Eksekutif: Pekerjaan Keselamatan & Kesihatan, Perundangan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Logistik, Pengurusan Hotel, Pengurusan Penguatkuasaan Undang-Undang
- Bachelor/Degree Eksekutif: Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Pejabat, Perundangan, Logistik & Pengurusan Rantaian Bekalan
- Master Eksekutif: Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Sumber Manusia
Boleh saya dapatkan maklumat lanjut tentang program KTAC?+
Ya. Halaman program menerangkan bidang pengajian, tempoh, kaedah pembelajaran, yuran, syarat kemasukan dan proses pendaftaran. Jika masih tidak pasti, hantarkan latar kerja anda kepada penasihat.
Tanya penasihat program ↗Program apa yang sesuai untuk saya?+
Program yang sesuai bergantung kepada pengalaman kerja, kelayakan tertinggi, bidang kerjaya dan matlamat anda. Isi borang ringkas di halaman ini atau WhatsApp penasihat untuk cadangan.
Semak kelayakan saya ↗Masih tak pasti? Tanya penasihat program.
Tanya penasihat program ↗Yuran Program KTAC
Yuran, jumlah kos dan bayaran bulanan.
Berapa yuran pengajian?+
Yuran pendaftaran ialah RM350 untuk semua tahap. Yuran bulanan dan jumlah yuran bergantung kepada tahap program yang dipilih.
- Diploma Eksekutif: yuran pendaftaran RM350, yuran bulanan RM390, jumlah yuran RM3,900.
- Bachelor/Degree Eksekutif: yuran pendaftaran RM350, yuran bulanan RM595, jumlah yuran RM5,950.
- Master Eksekutif: yuran pendaftaran RM350, yuran bulanan RM795, jumlah yuran RM7,950.
Adakah bayaran boleh dibuat secara ansuran?+
Ya. Bayaran bulanan tersedia untuk semua Program Eksekutif KTAC. Diskaun bayaran penuh mungkin tersedia; semak jumlah semasa dengan penasihat.
Bagaimana kaedah bayaran?+
KTAC tidak menggunakan checkout laman web atau payment gateway. Bayaran dibuat melalui pindahan bank online manual selepas penasihat mengesahkan program, jumlah dan arahan bayaran rasmi KTAC. KTAC kemudian menyemak bukti atau rujukan pindahan anda.
Berapa jumlah kos sampai tamat pengajian?+
Jumlah kos bergantung kepada tahap program. Yuran tambahan yang disahkan ialah yuran pendaftaran dan yuran konvokesyen. Minta jadual yuran terkini sebelum membuat bayaran.
Minta Jadual Yuran ↗Masih tak pasti? Tanya penasihat program.
Tanya penasihat program ↗Program KTAC MQA
Status MQA dan pengiktirafan program.
Adakah program KTAC mempunyai MQA?+
Tidak. Program Eksekutif KTAC bukan program akademik MQA/KPT. Laluan MQA adalah melalui rakan institusi KTAC, Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, dan kebiasaannya mengambil masa sekitar 2-3 tahun.
Adakah sijil diiktiraf?+
Program Eksekutif KTAC ialah program eksekutif dan latihan kerjaya. Program ini boleh dituntut melalui HRD Corp tertakluk kepada kelayakan majikan dan kelulusan HRD Corp. Untuk kerja kerajaan, profesion terkawal atau sambung belajar, penerimaan bergantung kepada jabatan, majikan atau institusi berkaitan.
Masih tak pasti? Tanya penasihat program.
Tanya penasihat program ↗Cara Daftar KTAC
Proses pendaftaran dan dokumen.
Bagaimana cara daftar?+
Isi borang pendaftaran atau pertanyaan, kemudian KTAC akan membimbing semakan kelayakan, pengesahan yuran dan onboarding kelas.
- Pilih program.
- Semak kelayakan dan yuran.
- Hantar maklumat pengenalan diri.
- Terima surat tawaran, resit, jadual kelas dan jemputan kumpulan.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk daftar?+
Dokumen pengenalan diri diperlukan. KTAC boleh meminta maklumat tambahan atau dokumen akademik mengikut program dan kes kelayakan.
Masih tak pasti? Tanya penasihat program.
Tanya penasihat program ↗Intake KTAC
Pengambilan dan tarikh kelas.
Bila intake seterusnya?+
Pengambilan kini dibuka. Tarikh mula kelas boleh berubah mengikut program dan kumpulan, jadi sila sahkan tarikh terkini dengan penasihat KTAC sebelum mendaftar.
Bila kelas bermula?+
Kelas bermula mengikut intake dan jadual program yang dipilih. KTAC akan mengesahkan jadual kelas anda selepas pendaftaran.
Masih tak pasti? Tanya penasihat program.
Tanya penasihat program ↗Kelas online
Cara kelas dijalankan.
Adakah kelas online?+
Ya. Kelas dijalankan secara online, separuh masa dan pada hari Ahad melalui Zoom atau Google Meet. Tiada kelas fizikal untuk format Program Eksekutif semasa.
Adakah rakaman kelas disediakan?+
Sebahagian kelas mempunyai rakaman. Ketersediaan boleh berbeza, jadi sahkan susunan rakaman dengan penasihat atau semasa taklimat.
Berapa lama tempoh pengajian?+
Semua Program Eksekutif KTAC semasa untuk Diploma, Bachelor/Degree dan Master disusun selama 10 bulan.
Masih tak pasti? Tanya penasihat program.
Tanya penasihat program ↗Semak kelayakan
Syarat kemasukan dan semakan kelayakan.
Apakah syarat kemasukan?+
Syarat kemasukan dipaparkan pada setiap halaman program dan bergantung kepada tahap. Golongan bekerja digalakkan membuat semakan kelayakan, termasuk pemohon yang dokumen akademiknya tidak lengkap.
Semak Kelayakan ↗Kalau tiada SPM, tiada kredit atau tiada diploma, boleh sambung belajar?+
Ya, anda digalakkan membuat semakan kelayakan. KTAC akan menyemak pengalaman kerja, umur dan latar belakang anda sebelum mencadangkan laluan yang sesuai.
Ada had umur?+
Program Eksekutif KTAC direka untuk golongan dewasa bekerja. Pemohon sekitar 22 tahun ke atas digalakkan menyemak kelayakan, manakala syarat tepat boleh berbeza mengikut tahap program.
Masih tak pasti? Tanya penasihat program.
Tanya penasihat program ↗Diploma Eksekutif KTAC
Soalan ringkas tentang Diploma Eksekutif.
Apa yang perlu saya tahu tentang Diploma Eksekutif?+
Diploma Eksekutif ialah program online hari Ahad selama 10 bulan. Yuran bulanan semasa bermula RM390 dan yuran pendaftaran ialah RM350.
- Pekerjaan Keselamatan & Kesihatan
- Perundangan
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pengurusan Perniagaan
- Perakaunan
- Logistik
- Pengurusan Hotel
- Pengurusan Penguatkuasaan Undang-Undang
Masih tak pasti? Tanya penasihat program.
Tanya penasihat program ↗Degree Eksekutif KTAC
Soalan ringkas tentang Degree/Bachelor Eksekutif.
Apa yang perlu saya tahu tentang Degree/Bachelor Eksekutif?+
Bachelor/Degree Eksekutif ialah program online hari Ahad selama 10 bulan, kebiasaannya kelas dua kali sebulan. Yuran bulanan semasa bermula RM595 dan yuran pendaftaran ialah RM350.
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pengurusan Pejabat
- Perundangan
- Logistik & Pengurusan Rantaian Bekalan
Masih tak pasti? Tanya penasihat program.
Tanya penasihat program ↗Master Eksekutif KTAC
Soalan ringkas tentang Master Eksekutif.
Apa yang perlu saya tahu tentang Master Eksekutif?+
Master Eksekutif ialah program online hari Ahad selama 10 bulan, kebiasaannya kelas dua kali sebulan. Yuran bulanan semasa bermula RM795 dan yuran pendaftaran ialah RM350.
- Pentadbiran Perniagaan
- Pengurusan Sumber Manusia
Masih tak pasti? Tanya penasihat program.
Tanya penasihat program ↗KWSP, PTPTN dan HRD
Pilihan bantuan bayaran yang disahkan.
Boleh guna PTPTN?+
Tidak. PTPTN tidak tersedia untuk Program Eksekutif KTAC.
Boleh bayar guna KWSP?+
KWSP Account 3 boleh digunakan. Proses perlu disemak dengan penasihat kerana langkah pengeluaran dan bayaran bergantung kepada situasi pelajar.
Ada HRD Corp claim?+
Ya. Semua Program Eksekutif KTAC semasa adalah HRD Corp claimable, tertakluk kepada kelayakan majikan, baki levi, kelulusan HRD Corp dan terma program semasa.
Semak HRD claim ↗Masih tak pasti? Tanya penasihat program.
Tanya penasihat program ↗Sijil dan alumni
Sijil, konvokesyen dan dokumen alumni.
Ada konvokesyen?+
Ya. Konvokesyen tersedia, kebiasaannya di UPM Serdang. Penyertaan adalah pilihan tetapi digalakkan, dan yuran konvokesyen dikenakan.
Siapa keluarkan sijil?+
Sijil dikeluarkan oleh KTAC Education.
Bagaimana jika sijil hilang atau alumni perlukan dokumen?+
Alumni boleh memohon sokongan dokumen seperti sijil gantian, transkrip, surat sokongan atau dokumen berkaitan.
Masih tak pasti? Tanya penasihat program.
Tanya penasihat program ↗Soalan Lazim
Masih tak pasti? Tanya penasihat program.
Hantar umur, latar kerja, kelayakan tertinggi dan matlamat anda. KTAC boleh bantu cadangkan laluan yang sesuai.
